Penuhi impian anda dengan mendaftarkan diri sebagai pelajar di
Akademi Seni Budaya Isi Rimba.
Akademi Seni Budaya Isi Rimba merupakan kem ilmu yang menawarkan sijil di dalam bidang seni seperti lakonan, nyanyian, tarian, persembahan, penulisan skrip, penerbitan, penyiaran & banyak lagi. Ia terbuka kepada semua.
Pengajian yang bukan sekadar melibatkan bidang teori tetapi juga praktikal dalam suasana yang penuh kreatif.
Tenaga pengajar Akademi Seni Budaya Isi Rimba terdiri dari mereka yang berkelayakan bukan sahaja dalam bidang akademik malah berpengalaman secara profesional dalam bidang seni lakonan, nyanyian dan muzik.
Pelajar dari Akademi Seni Budaya Isi Rimba bukan sahaja menimba ilmu yang ditawarkan malah akan diberi suntikan motivasi dari kem ini untuk terus berjuang dalam karier masing-masing dengan kualiti yang diserapkan malah berpeluang untuk membina kerjaya dalam bidang-bidang seperti perfileman, penyiaran, drama, teater, nyanyian & lain-lain yang berkaitan.
Pelajar program ini bukan hanya sekadar memperolehi kemahiran untuk berdikari dalam bidang yang diceburi malah berkemahiran untuk menjadi insan yang mempunyai jati diri yang kuat untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran.
Rebutlah peluang yang ada untuk mengikuti program seni di Akademi Seni Budaya Isi Rimba pada harga yang minima.
No comments:
Post a Comment